Dalam sesi ini, saya belajar tentang tiga perkara penting yang boleh membantu saya semasa menjalani latihan industri nanti iaitu reaktif dan proaktif, initiative mindset, dan responsibility.
Pertama, saya belajar tentang perbezaan antara sikap reaktif dan proaktif. Sikap reaktif bermaksud kita menunggu tugasan diberikan terlebih dahulu sebelum melakukan kerja. Manakala sikap proaktif pula bermaksud kita cuba foresee apa yang perlu dilakukan dan ambil tindakan awal tanpa perlu menunggu arahan. Dalam dunia pekerjaan, sikap proaktif sangat digalakkan kerana ia menunjukkan kita lebih bersedia dan bertanggungjawab.
Selain itu, saya juga mempelajari tentang initiative mindset. Apabila diberikan sesuatu tugasan, kita perlu cuba menyiapkannya mengikut jangkaan atau lebih baik daripada yang dijangkakan. Ini kerana hasil kerja yang baik dapat menunjukkan kesungguhan dan usaha kita dalam melakukan sesuatu tugasan.
Akhir sekali, kami belajar tentang responsibility. Setiap tugasan yang diberikan perlu disiapkan sehingga selesai kerana ia merupakan tanggungjawab kita. Walaupun kita boleh bertanya atau meminta bantuan jika tidak faham, kita tetap perlu memastikan tugasan tersebut dapat diselesaikan dengan baik.
Sesi ini memberi sedikit gambaran tentang sikap dan cara berfikir yang penting untuk kami praktikkan apabila memasuki dunia pekerjaan nanti.
Comments
Post a Comment