Skip to main content

Posts

PENGENALAN SPIKE

Harini kami ada session pengenalan sistem SPIKE bersama kak sakura. Apa yang saya faham sistem SPIKE ni adalah sistem untuk manage neighbourhood. SPIKE ada beberapa category user : Owner Management Maintenance Guard Resident Comittee  Payment Dashboard SPIKE Dalam SPIKE ada beberapa modul yang disediakan. Features Sistem ini menyediakan fungsi kewangan yang lengkap seperti pengurusan item, invoice, receipt, credit note, expenses, income dan deposit bagi memastikan semua transaksi direkod dengan teratur dan sistematik. Sistem ini juga menyediakan fungsi merekod dan kemaskini pemilik unit rumah. SPIKE menyediakan fungsi feedback dimana pengguna sistem boleh memberi sebarang berita atau aduan di dalam fungsi itu.  Admin sistem mempunyai fungsi Announcement dimana mereka boleh memberi maklumat berkaitan taman perumahan di atas talian. SPIKE mempunyai fungsi Marketplace. Owner boleh menjual dan mempromosikan produk mereka melalui SPIKE.  SPIKE mempunyai fungsi di mana admin bo...
Recent posts

Technical Session

Hari ni aku nak share sikit apa yang aku belajar masa technical session dengan SMAP sepanjang intern aku. Session ni bagi aku gambaran jelas macam mana real workflow dalam development. Client Side (Apa yang user nampak) HTML CSS (Bootstrap / Tailwind) JavaScript Fokus pada UI/UX (apa user nampak & interact) Server Side Tech (Apa yang jadi dalam sistem) ASP PHP Perl JSP Java Fokus pada logic & backend process PHP (CodeIgniter) Structure lebih kemas Senang organize code Lebih mudah faham flow project Cara Handle Problem 1. Search Online WHY → Kenapa problem jadi HOW → Macam mana nak solve Jangan copy semata, kena faham 2. Tanya Orang Bila stuck & tak jumpa solution Tanya dengan specific: Nama project Task apa tengah buat Part mana problem 3. Tanya AI (Claude, Gemini, GPT) HOW → Cara nak solve WHY → Kenapa jadi Lagi specific soalan, lagi tepat jawapan Tools / Environment Herd Local environment untuk PHP/Laravel Lebih simple dari XAMPP/MAMP Plug & play (tak perlu config ban...

INTERNSHIP #1

 Hari pertama sesi internship dimulakan dengan satu sesi perkongsian bersama En. Azwan yang menerangkan tentang konsep mencapai kejayaan dalam kehidupan dan kerjaya. Sesi ini memberi pendedahan awal kepada para intern tentang kepentingan mempunyai hala tuju yang jelas dalam setiap perkara yang dilakukan. Dalam perkongsian tersebut, beliau memperkenalkan konsep C.G.P.A, iaitu singkatan kepada Cause, Goal, Planning, dan Action. Cause merujuk kepada sebab atau tujuan utama di sebalik sesuatu usaha. Setiap individu perlu tahu kenapa sesuatu matlamat itu ingin dicapai kerana sebab yang jelas akan menjadi pendorong untuk terus berusaha walaupun berdepan cabaran. Seterusnya ialah Goal, iaitu matlamat yang ingin dicapai. Namun begitu, setiap matlamat perlu dirangka dengan lebih teratur dengan menggunakan konsep M.R.T, yang membawa maksud Measurable, Realistic, dan Time-bound. Measurable bermaksud matlamat tersebut boleh diukur pencapaiannya. Realistic pula merujuk kepada matlamat yang muna...

PRE-INTERN SESSION #3

 Dalam sesi ini, saya belajar tentang tiga perkara penting yang boleh membantu saya semasa menjalani latihan industri nanti iaitu reaktif dan proaktif , initiative mindset , dan responsibility . Pertama, saya belajar tentang perbezaan antara sikap reaktif dan proaktif. Sikap reaktif bermaksud kita menunggu tugasan diberikan terlebih dahulu sebelum melakukan kerja. Manakala sikap proaktif pula bermaksud kita cuba foresee apa yang perlu dilakukan dan ambil tindakan awal tanpa perlu menunggu arahan. Dalam dunia pekerjaan, sikap proaktif sangat digalakkan kerana ia menunjukkan kita lebih bersedia dan bertanggungjawab. Selain itu, saya juga mempelajari tentang initiative mindset . Apabila diberikan sesuatu tugasan, kita perlu cuba menyiapkannya mengikut jangkaan atau lebih baik daripada yang dijangkakan. Ini kerana hasil kerja yang baik dapat menunjukkan kesungguhan dan usaha kita dalam melakukan sesuatu tugasan. Akhir sekali, kami belajar tentang responsibility . Setiap tugasan yang...

Session Pre-Intern #2 (Refleksi : Cara menggunakan tugas dengan Matriks Eisenhower

Sebagai pelajar diploma Teknologi Komputeran, saya sering berhadapan dengan pelbagai tugasan seperti projek, laporan, pembentangan dan juga latihan industri. Kadang kadang saya sedar cara saya menguruskan masa masih belum teratur. Selalunya saya akan beri tumpuan kepada tugasan bila deadline mula menghampiri. Disebabkan itu, kebanyakan masa saya sebenarnya dihabiskan dalam kuadran “Urgent dan Penting” . Contohnya, ada masa saya menyiapkan laporan atau tugasan projek pada last minute kerana terlalu fokus kepada perkara lain terlebih dahulu. Keadaan ini membuatkan saya berasa agak tertekan kerana perlu menyiapkan banyak perkara dalam masa yang singkat. Selepas mempelajari tentang Matriks Eisenhower, saya mula sedar bahawa saya perlu memberi lebih perhatian kepada Kuadran 2 iaitu “Tidak Urgent tetapi Penting” . Bagi saya, salah satu perubahan yang boleh saya lakukan ialah merancang tugasan lebih awal. Contohnya, apabila mendapat tugasan projek atau laporan, saya boleh mula membuat sediki...

Sesi Pre-Intern Session 1 With Me!

Assalamualaikum, hai semua 🤍 Hari ini saya, Adabiah Zarifah binti Amri dari KV Sepang, memulakan langkah pertama sebagai pelajar latihan industri di SMAP Solutions Sdn. Bhd. Kami ada sesi pre-intern yang pertama dan fokusnya adalah pengenalan kepada SMAP. Salam Perkenalan! SMAP sebenarnya menawarkan beberapa perkhidmatan menarik seperti: SMAP Education SPIKE.my urusbisnes.com mypersatuan.com eMaktab Sesi dimulakan dengan aktiviti perkenalan diri. Kami perlu kongsi nama, asal, tempat belajar dan department yang diminati. Untuk saya, saya sangat berminat dengan SDQA dan juga Customer Success kerana saya suka bahagian yang melibatkan kualiti sistem dan juga interaksi dengan pengguna. Kami juga ditanya tentang expectation untuk internship. Bagi saya, saya berharap untuk belajar cara industri berkerja dan cara mereka gunakan kod dalam industri kerana apa yang kami belajar di kolej tidak sama dengan apa yang digunakan dalam industri. Untuk SMAP pula, saya ingin belajar cara untuk communica...