Sebagai pelajar diploma Teknologi Komputeran, saya sering berhadapan dengan pelbagai tugasan seperti projek, laporan, pembentangan dan juga latihan industri. Kadang kadang saya sedar cara saya menguruskan masa masih belum teratur. Selalunya saya akan beri tumpuan kepada tugasan bila deadline mula menghampiri. Disebabkan itu, kebanyakan masa saya sebenarnya dihabiskan dalam kuadran “Urgent dan Penting”. Contohnya, ada masa saya menyiapkan laporan atau tugasan projek pada last minute kerana terlalu fokus kepada perkara lain terlebih dahulu. Keadaan ini membuatkan saya berasa agak tertekan kerana perlu menyiapkan banyak perkara dalam masa yang singkat.
Selepas mempelajari tentang Matriks Eisenhower, saya mula sedar bahawa saya perlu memberi lebih perhatian kepada Kuadran 2 iaitu “Tidak Urgent tetapi Penting”. Bagi saya, salah satu perubahan yang boleh saya lakukan ialah merancang tugasan lebih awal. Contohnya, apabila mendapat tugasan projek atau laporan, saya boleh mula membuat sedikit demi sedikit daripada awal seperti mencari maklumat, menyusun isi penting atau menyediakan rangka laporan. Dengan cara ini, kerja tidak akan bertimbun pada saat akhir dan saya juga dapat menyiapkan tugasan dengan lebih tenang.
Selain itu, saya juga perlu mengawal gangguan yang berada dalam kategori “Urgent tetapi Tidak Penting” seperti notification media sosial atau mesej yang tidak berkaitan dengan pelajaran. Kadangkala perkara kecil macam ini boleh mengganggu fokus saya semasa belajar atau membuat tugasan. Oleh itu, saya bercadang untuk menetapkan masa tertentu sahaja untuk menyemak telefon supaya saya dapat memberi tumpuan kepada tugasan yang lebih penting terlebih dahulu.
Gambar Rajah 1 : Sesi Pre Intern #2
Secara keseluruhannya, penggunaan Matriks Eisenhower membantu saya memahami cara untuk mengutamakan tugasan dengan lebih baik. Saya berharap dengan mengamalkan kaedah ini, saya dapat mengurus masa dengan lebih teratur dan mengurangkan tekanan ketika menyiapkan tugasan.
Comments
Post a Comment