Assalamualaikum, hai semua 🤍 Hari ini saya, Adabiah Zarifah binti Amri dari KV Sepang, memulakan langkah pertama sebagai pelajar latihan industri di SMAP Solutions Sdn. Bhd. Kami ada sesi pre-intern yang pertama dan fokusnya adalah pengenalan kepada SMAP. Salam Perkenalan! SMAP sebenarnya menawarkan beberapa perkhidmatan menarik seperti: SMAP Education SPIKE.my urusbisnes.com mypersatuan.com eMaktab Sesi dimulakan dengan aktiviti perkenalan diri. Kami perlu kongsi nama, asal, tempat belajar dan department yang diminati. Untuk saya, saya sangat berminat dengan SDQA dan juga Customer Success kerana saya suka bahagian yang melibatkan kualiti sistem dan juga interaksi dengan pengguna. Kami juga ditanya tentang expectation untuk internship. Bagi saya, saya berharap untuk belajar cara industri berkerja dan cara mereka gunakan kod dalam industri kerana apa yang kami belajar di kolej tidak sama dengan apa yang digunakan dalam industri. Untuk SMAP pula, saya ingin belajar cara untuk communica...