Assalamualaikum, hai semua 🤍
Hari ini saya, Adabiah Zarifah binti Amri dari KV Sepang, memulakan langkah pertama sebagai pelajar latihan industri di SMAP Solutions Sdn. Bhd. Kami ada sesi pre-intern yang pertama dan fokusnya adalah pengenalan kepada SMAP. Salam Perkenalan!
SMAP sebenarnya menawarkan beberapa perkhidmatan menarik seperti:
SMAP Education
SPIKE.my
urusbisnes.com
mypersatuan.com
eMaktab
Sesi dimulakan dengan aktiviti perkenalan diri. Kami perlu kongsi nama, asal, tempat belajar dan department yang diminati. Untuk saya, saya sangat berminat dengan SDQA dan juga Customer Success kerana saya suka bahagian yang melibatkan kualiti sistem dan juga interaksi dengan pengguna.
Kami juga ditanya tentang expectation untuk internship. Bagi saya, saya berharap untuk belajar cara industri berkerja dan cara mereka gunakan kod dalam industri kerana apa yang kami belajar di kolej tidak sama dengan apa yang digunakan dalam industri. Untuk SMAP pula, saya ingin belajar cara untuk communicate dengan client and put my skills to use if i could.
Soalan terakhir yang paling menarik ialah: “Macam mana awak handle stress?”
Jawapan saya senang je, tukar mindset. Saya percaya setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Daripada kita fikir benda negatif yang serabutkan kepala, lebih baik fokus pada sisi positif dan apa yang kita boleh belajar daripada situasi tersebut.
Hari ini juga saya dapat kenal rakan intern lain seperti Naqib, Harraz, Iyad, Kamal dan Luqman. Leader yang saya kenali pula ialah Encik Danial, Puan Ainur, Puan Izzah dan Cik Farizah.
Secara keseluruhannya, sesi hari ini beri saya semangat dan keyakinan untuk mulakan perjalanan internship di SMAP. Semoga ini jadi pengalaman yang bermakna dan penuh pembelajaran ✨
Comments
Post a Comment